top of page

Overheating : Siri 3

Sep 12, 2017
1 min read

Assalamualaikum sahabat SR. Apa khabar korang semua? Terima kasih untuk korang yang telah membaca siri “Overheating” ni. Hari ni, SR Team nak sambung lagi cerita mengenai overheating. Dua post sebelum ini mengenai apa itu overheating, serba sedikit mengenai komponen penyejukkan dalam enjin serta simtom-simtom enjin nak overheat.

Oklah panjang sangat intronya kan. Kita sambung lagi tentang overheating ini. Antara carakerja pembaikan yang boleh dipraktikkan berdasarkan kerosakan adalah seperti di bawah:

Pengawalan awal supaya tidak terjadi overheating

Apa tindakan-tindakan yang perlu korang semua sebagai owner kereta lakukan untuk mengelak berlakunya overheating kat kereta korang? Meh korang baca kat senarai di bawah:

1.Pastikan coolant mencukupi dalam radiator dan water jaket,pastikan air berwarna biru gelap sentiasa 2.Flush radiator atau tukar air radiator setiap kali servis 3.Pastikan tiada hose air yang bocor 4.Pastikan kipas radiator berfungsi 5.Tukar water pump jika air dalam water jacket susut 6.Picit hose di thermostat berulang kali supaya thermostat tidak melekat dengan coolant sahaja 7.Sembur air pada sirip radiator untuk hilangkan habuk ,daun atau batu kecil yang terselit pada sirip radiator 8.Parking kereta pada tempat berbumbung jika ada 9.Semasa mengisi semula air radiator hidupkan enjin seketika supaya air dapat memenuhi semua ruang. 10.Gunakan coolant yang disarankan sahaja

Sekiranya korang perlukan bantuan mengenai kereta korang, boleh hubungi kami atau datang ke bengkel kami di:

SR Auto Care & Tyre No 34, Jalan Lembah 19, Fortuna Hub Bandar Seri Alam, 81750 Masai, Johor, Malaysia 016 – 7807934 / 010- 4547934


 
 
 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
  • instagram-icon-white-on-black
  • facebook-square

© 2016 by SR Tech.​ Sdn. Bhd. All right reserve.

bottom of page