Overheating : Siri 1
Assalamualaikum dan salam tengahari untuk korang semua. Macam mana perjalanan hidup korang semua hari ini? Harap-harap semuanya sihat, murah rezeki, diberkati selalu.
Pernah tak anda tengah-tengah bawa kereta korang, tiba-tiba keluar asap berkepul-kepul dari bonet depan? Mesti korang cuak tak hinggat kan masa tu. Apa yang korang buat time tu? Berhenti tepi dulu apa pon kereta tu. Jangan main balun je jalan. Tapi korang tau tak yang keadaan kereta korangtu sebenarnya telah mengalami overheating atau dalam Bahasa kita ni semua kepanasan melampau.
Overheating atau kepanasan melampau ini adalah keadaan dimana enjin mengalami kepanasan yang melebihi dari sepatutnya. Tahap kepanasan enjin ini sebenarnya dikawal supaya ianya berada pada satu tahap sejuk untuk enjin beroperasi seterusnya.
Biasanya kalau korang tengak kat meter korang tu, korang mesti perasan tahap kepanasan enjin korang tu biasanya akan berada pada separuh meter sahaja. Tapi sekiranya overheating ni berlaku, penunjuk meter suhu enjin akan berada lebih dari separuh dan bergerak naik ke tanda merah meter suhu tersebut. Sebenarnya, penunjuk meter suhu ni tak boleh melebihi had minimanya. Bila dah melebihi, maka overheating pon berlaku. Prestasi enjin pon akan terus menurun dan seterusnya menjadi tersangat panas sehingga enjin akan berhenti sendiri.
Akibat daripada kepanasan tersebut keadaan seperti enjin berbunyi kuat, berbau hangit,asap berkepul dan enjin mati sendiri adalah keadaan akhir selepas overheating berlaku.

Sekiranya anda perlukan bantuan mengenai kereta anda, boleh hubungi kami atau datang ke bengkel kami di:
SR Auto Care & Tyre No 34, Jalan Lembah 19, Fortuna Hub Bandar Seri Alam, 81750 Masai, Johor 016 – 7807934 / 010- 4547934















Comments