KENALI SR AUTO CARE & TYRE

SR Auto Care and Tyre Sdn Bhd merupakan sebuah pusat servis kenderaan yang memfokuskan kepada penjagaan tayar dan kenderaan anda. Kami menyediakan perkhidmatan servis dan penyelenggaraan alignment dan balancing tayar kepada pelanggan yang mempunyai masalah tayar.
Kami bertekad untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti pada harga yang berpatutan. Team kami juga sentiasa mempertingkatkan diri dalam mengendalikan peralatan canggih bagi membaiki kenderaan serta tayar.
SERVIS KENDERAAN
Kami menawarkan perkhidmatan servis kenderaan anda. Datanglah ke kedai kami untuk membuat scanning enjin bagi mengetahui tahap enjin anda. Kami juga ada menawarkan perkhidmatan mengambil kenderaan anda di rumah anda bagi memudahkan urusan servis kenderaan anda.
SELENGGARA AIR COND
Kami mempunyai kepakaran dalam bidang penyelenggaraan aircond. Dapatkan perkhidmatan penyelengaaran aircond terbaik dari kedai kami.
Tip: 3 langkah penting bagi mengelakkan compressor aircond jammed:
- tutup aircond sebelum mematikan enjin.
- buka aircond 1-2 minit selepas hidupkan enjin
- kuatkan aircond dari suhu perlahan ke tinggi
SELENGGARA TAYAR
Penyelenggaran tayar kami yang kami tawarkan adalah termasuk menukar tayar baru atau terpakai, perkhidmatan alignment dan juga balancing tayar kenderaan anda.
Tip: Balancing merupakan imbangan tayar beserta rim. ia bagi memastikan putaran tayar pada rim adalah seimbang pada paksi putarannya (pada hub tayar). Disarakan anda membuat balancing kereta anda setiap enam bulan sekali.
