Overheating : Siri 2
Assalamualaikum sahabat SR. Apa khabar korang semua? Harap-harap lepas raya ni korang sihat-sihat belaka. Hari ni, SR Team nak sambung lagi cerita mengenai overheating. Last hari tu, kita dah terangkan mengenai apa itu overheating kan. Mana-mana sahabat yang terlepas, boleh refer post kita sebelum ini.
Jom kita teruskan dengan komponen penyejukkan enjin. Antara komponen-komponen yang berada dalam enjin kereta korang yang digunakan untuk mengawal suhu enjin supaya tidak mengalami kepanasan adalah seperti dibawah:
1) Radiator 2) Water pump 3) Water jacket 4) Kipas radiator 5) Thermostat 6) Enjin blok
Diantara 6 komponen tersebut hanya enjin blok yang berfungsi tetap dalam enjin untuk mengawal suhu sejuk untuk enjin beroperasi. Diatas blok enjin terdapat lubang-lubang kecil yang akan dilitupi dengan air untuk mengawal kesejukan dari dalam bila enjin dihidupkan.
Air yang berada pada lubang-lubang kecil tersebut akan berada kekal sementara silinder gasket berfungsi menyekat air dan minyak hitam dari memasuki ruang pembakaran .Di sinilah fungsi sebenar gasket silinder yang bertujuan melemahkan kepanasan kepada tahap yang sesuai untuk enjin beroperasi. Tapi penah tak korang terfikir, macam mana gasket silinder ini boleh terbakar sedangkan dilitupi oleh air pada dasarnya?
Mengapa silinder gasket terbakar dan enjin berhenti
Apabila enjin menjadi terlalu panas iaitu melebihi dari had maksima untuk enjin beroperasi silinder akan menjadi panas sedikit demi sedikit dan terus melekat pada blok. Seterusnya melimpahkan sedikit demi sedikit air ke ruang pembakaran .Bila ruang pembakaran dipenuhi air inilah yang akan menyebabkan kereta berhenti terus tanpa boleh dihidupkan.
Jika terdapat simptom-simptom macam enjin nak overheat, perkara-perkara berikut perlulah korang buat:- 1.Berhentikan kereta dahulu 2.Biarkan enjin sejuk lebih kurang satu jam 3.Buka penutup radiator setelah enjin sejuk 4.Isikan air semula dalam jacket dan radiator 5.Pastikan kipas berpusing setelah enjin panas semula 6.Jumpa mekanik jika enjin terlalu cepat jadi panas-(silinder gasket telah terbakar)

Sekiranya korang perlukan bantuan mengenai kereta korang, boleh hubungi kami atau datang ke bengkel kami di:
SR Auto Care & Tyre No 34, Jalan Lembah 19, Fortuna Hub Bandar Seri Alam, 81750 Masai, Johor 016 – 7807934 / 010- 4547934















Comments