top of page

Overheating : Siri 4

Sep 14, 2017
1 min read

Engine Overheat....apa puncanya?

Assalamualaikum korang. Last episod mengenai Overheating ni. Jom kita lihat satu-satu persatu punca overheating mengikut kes.

1. Anda bawa kereta waktu tengahari...dan anda tersangkut dengan kesesakan lalulintas, tiba-tiba temperature engine naik? Tetapi semasa bergerak....indicator suhu turun semula kepada normal.

Punca: Radiator Fan tak berfungsi mungkin kerana motor rosak ataupun fuse rosak.

2. Anda baru memandu waktu pagi ke tempat kerja...tak sampai 10 minit memandu....tiba-tiba temperature enjin naik? Anda periksa, tiada hose yang bocor, radiator tak pecah.

Punca: Thermostat rosak atau Water Pump

3. Anda memandu, tiba-tiba enjin anda dah macam sauna, berasap.

Punca: Ada kebocoran hose ataupun upper radiator tank crack.

4. Anda memandu tempoh yang lama...awalnya tiada masalah tiba-tiba enjin panas. Anda periksa under hood, tiada sauna...tiada hose yang bocor, radiator tak pecah.....radiator fan ok. Tapi air kering !!!!

Punca: Air dah berzaman tak top up atau gasket ada kebocoran kecil (bila buka radiator cap....nampak buih buih kecil naik, itu tanda ada kebocoran gasket)

5. Anda memandu dalam tempoh lama.....tiba-tiba temperature enjin naik. Anda berhenti....anda tengok tiada wap air.....tiada tanda-tanda hos bocor...selepas enjin sejuk, anda buka radiator cap...air penuh. Radiator Fan pun berfungsi baik...dah tu apa?

Punca: Sensor Problem

6. Anda memandu.....enjin tak panas, tapi lepas isi minyak, anda yang jadi panas...!!!!

Punca: Minyak naik harga... hahahahah

Sekiranya korang perlukan bantuan mengenai kereta korang, boleh hubungi kami atau datang ke bengkel kami di:

SR Auto Care & Tyre No 34, Jalan Lembah 19, Fortuna Hub Bandar Seri Alam, 81750 Masai, Johor 016 – 7807934 / 010- 4547934


 
 
 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
  • instagram-icon-white-on-black
  • facebook-square

© 2016 by SR Tech.​ Sdn. Bhd. All right reserve.

bottom of page